Assalamualaikum...Selamat Datang..

Assalamualaikum..Selamat Datang Ke Blog Saya ^^,,..

Thursday 13 December 2012

Video Tayyamum..^^,,

Ust Azhar Tayyamum..

http://www.youtube.com/watch?v=srgssA-pPKg

Ujian Ketajaman Minda..Selamat Mencuba..^^,,

Soalan- soalan latihan dari tajuk Tayyamum.??

1) Apakah maksud tayyamum dari segi bahasa?
2) Apakah maksud tayyamum dari segi syarak?
3) Nyatakan dalil pensyariatan Tayyamum?
4) Jelaskan keadaan-keaadaan yang dibolehkan untuk tayyamum.
5)Nyatakan anggota-anggota tayyamum?

p/s :Jawab didalam buku latihan.Hari Isnin ana nak latihan nie !^^,,

Syarat-syarat Tayyamum..

Syarat-syarat sah tayammum.....

Untuk sahnya tayammum, para ulamak telah menggariskan syarat-syarat berikut;[5]

Pertama; Hendaklah orang yang bertayammum mempunyai keuzuran yang menghalangnya dari menggunakan air iaitu kerana keputusan air atau tidak mampu menggunakan air.

Kedua; Berusaha mencari air terlebih dahulu jika tayammum dilakukan kerana keputusan air.

Ketiga; Hendak lah tayammum itu dengan menggunakan tanah yang bersih

Keempat; Hendaklah bertayammum setelah masuk waktu

Syarat pertama telahpun kita huraikan tadi iaitu tatkala memperkatakan tentang bilakah harus kita bertayammum. Untuk berikutnya kita huraikan syarat-syarat selebihnya iaitu yang bersangkutan dengan kewajipan mencari air, bahan tayammum (iaitu tanah menurut jumhur ulamak) dan waktu dilakukan tayammum.

Keadaan2 yang dibolehkan tayyamum...^^,,

Contoh-contoh keadaan yang mengharuskan tayammum kerana tidak mampu menggunakan air :-

1. Tidak mampu menggunakan air kerana sakit, atau bimbang bertambah sakit, atau bimbang lambat sembuh. Hal tersebut diketahui dengan pengalaman atau makluman dari doktor.

2. Air yang ada diperlukan (untuk minum dan sebagainya) pada ketika itu atau akan datang.

3. Terdapat sangkaan yang kuat dalam dirinya bahawa akan ditimpa sakit jika ia menggunakan air.

4. Takut kepada musuh yang menghalangnya dari mendapat air sama ada musuh itu manusia atau binatang buas.

5. Air diperlukan untuk minuman haiwan yang bersamanya seperti kudanya atau sebagainya.

6. Air diperlukan untuk menguli tepung, untuk memasak dan sebagainya.

7. Air diperlukan untuk membasuh najis yang tidak dimaafkan (yakni mesti dibersihkan).

8. Bimbang kepada sejuk yang bersangatan jika musim sejuk luar biasa.

Visual Tayyamum..

                                 Anggota Tayyamum : muka dan  tangan

Dalil Pensyariatan Tayyamum...ihtimamkan!!!

Dalil-Dalil disyariatkannya Tayammum
Ketahuilah bahwa tayammum merupakan amalan thaharah yang telah valid keterangannya didalam al-Qur`an, as-Sunnah dan konsensus umat Islam. Dan juga merupakan salah satu diantara kekhususan yang Allah berikan kepada umat ini.
Demikian pula, umat Islam telah sepakat bahwa tayammum disyariatkan hanya pada wajah dan kedua telapak tangan bagi seseorang yang berhadats, baik hadats besar maupun kecil. Baik tayammum tersebut mewakili seluruh anggota thaharahnya ataukah sebagiannya saja.
Adapun dalil pensyariatan tayammum didalam al-Qur`an, firman Allah ta’ala,
وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ
“Dan jikalau kalian dalam keadaan sakit atau dalam perjalanan atau seseorang diantara kalian baru saja buang hajat atau menggauli wanita, kemudian kalian tidak mendapatkan air, maka kalian lakukanlah tayammum dengan tanah yang baik. Usaplah wajah kalian dan tangan kalian dari tanah tersebut. Tidaklah Allah menghendaki untuk menjadikan beban bagi kalian, melainkan Allah berkeinginan untuk membersihkan kalian dan menyempurnakan nikmat-Nya bagi kalian, agar kalian bersyukur.” (QS. Al Maidah [5] : 6).
Sedangkan dari as-Sunnah, diantaranya adalah hadits yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 344) dan Muslim (no. 682) dari hadits ‘Imran bin Hushain bahwa beliau mengatakan, “Kami pernah bersama dengan Rasulullah  dlam suatu perjalanan. Lalu beliau  mengimami shalat para sahalat. Dan seseorang –diantara sahabat- terlihat memisahkan diri, maka beliau  menegurnya, “Apakah yang menghalangimu mengerjakan shalat?” Orang tersebut menjawab, “Saya dalam keadaan junub dan tidak ada air sama sekali.”
Beliau  bersabda,
عليك بالصعيد الطيب فإنه يكقيك
“Engkau pergunakanlah tanah yang baik, karena tanah tersebut sudah mencukupimu.”
Dan juga hadits yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 347) dan Muslim (1/280) dari hadits ‘Ammar bin Yasir, beliau mengatakan, “Rasulullah  mengutusku untuk suatu keperluan. Lalu saya junub dan tidak mendapatkan air. Maka saya berguling-guling sebagaimana tunggangan berguling, kemudian saya menjumpai Nabi  dan menceritakan kepada beliau hal itu. Beliau  bersabda,
“إنما يكفيك أن تقول بيديك هكذا.” ثم ضرب بيديه الأرض ضربة واحدة ثم مسح الشمال على اليمين وظاهر كفيه ووجهه.
“Cukuplah engkau melakukan dengan kedua tanganmu seperti ini.” Lalu beliau memukulkan kedua tangan beliau ketanah dengan sekali tepukan kemudian membasuhkan tangan kiri ke tangan kanan dan dan kedua punggung tangan beliau dan wajah beliau.”
Dan hadits yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (no.335) dan Muslim (no. 521) dari hadits Jabir, beliau mengatakan bahwa Nabi  bersabda,
أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ وَجُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ فَلْيُصَلِّ وَأُحِلَّتْ لِي الْمَغَانِمُ وَلَمْ تَحِلَّ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَأُعْطِيتُ الشَّفَاعَةَ وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً
“Saya telah diberikan lima perkara, tidak seorangpun sebelumku diberikan kelima hal tersebut. Saya diberi pertolongan berupa ketakutan bagi musuh sejauh masa sebulan, dijadikan bagiku tanah sebagai masjid dan wadah bersuci, maka dimana saja seseorang dari umatku mendapati waktu shalat maka hendaklah dia mengerjakan shalat Dan dihalalkan bagiku harta rampasan perang dimana harta rampasan tersebut tidak dihalalkan bagi seorangpun sebelumku, dan saya diberikan syafa’at, dan adalah setiap nabi diutus khusus bagi kaumnya semata sedangkan saya diutus bagi seluruh manusia.”
Dan hadits yang diriwayatkan oleh Muslim (no. 522) dari hadits Hudzifah, beliau mengatakan bahwa Rasulullah  bersabda,
“Kami telah diutamakan atas seluruh kaum manusia dengan tiga hal, shaf-shaf kami dijadikan bagaikan shaf para malaikat, dan dijadikan bagi kami bumi sebagai masjid dan tanahnya bagi kami sebagai pembersih apabila kami tidak mendapatkan air.”

Wednesday 12 December 2012

Bab 4: Tayyamum

 "Rukhshah Syarie'ah"..kelonggaran pada syarak pada bab2 yang tertentu didalam ibadah.Ianya termasuk kelonggaran apabila didalam keadaan dharurat,sakit,paksaan dan lain2 lagi.Keadaan- keadaan itu termasuklah dalam bab bersuci iaitu wuduk.Sekiranya tiada air untuk berwuduk disebabkan ketiadaan air,bahaya,musafir dan dll maka rukhsah wuduk dengan air digantikan dengan tayyamum.

Pengenalan Tayyamum :-

Definisi at-tayammum, secara bahasa berarti al-qashdu/(القَصْدُ)  (keinginan). Al-Azhari mengatakan, “Tayammum didalam perkataan kaum Arab berarti menghendaki. Dikatakan tayamamtu-ta`amamtu-yamamtu-`amamtu-hu, -bermakna- saya menghendakinya.”
Sebagaimana didalam firman Allah ta’ala,
“Dan kalian tidak mendapatkan air, maka carilah tanah yang baik.”
“Dan janganlah kalian menginginkan keburukan”
“Dan tidak juga mereka yang menginginkan –untuk datang ke Masjidil Haram.”
Adapun dalam terminologi syara’, tayammum adalah keinginan/kehendak untuk mengusap wajah dan kedua tangan dalam bentuk yang khusus dengan niat pembolehan –mengerjakan- shalat dan semisalnya. Ibnu as-Sukait mengatakan, “Firman Allah ta’ala, “Dan kalian tidak mendapatkan air, maka tayammum-lah kalian dengan tanah yang baik.” Yaitu menghendaki –pemakaian- tanah. Lalu pemakaian mereka telah meluas hingga kata tayammum diinterpretasikan sebagai mengusap wajah dan kedua tangan dengan tanah.” Demikian yang dikutip oleh al-Hafizh didalam Fathul Bari.

Tuesday 11 December 2012

Subjek Feqah Tingkatan 4

Antara subjek matapelajaran feqah untuk tingkatan 4 :

1) Al-Thaharah ( Bersuci )
2) Al -Najasah ( Najis )
3) Al-Dibagh ( Samak )
4) Al-Tayyamum

Aspek-aspek berbahasan di dalam tajuk-tajuk ini tentang ( Istilah )di dalam bahasa dan syarak.( Dalil ) pensyariatan dari al-quran dan As- sunnah.( Rukun-rukun ),( Syarat- syarat ) pada bab, ( Bahagian- bahagian ) furu,serta  (Masalah- masalah ) yang berlaku.

Untuk Makluman..^^,,

Sunday 9 December 2012

Pengenalan Ilmu Feqh...

Apa maksud ilmu Fiqh?

Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.

Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yangbersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci".

Huraian;

1. Para ulamak membahagikan hukum-hakamSyarak kepada tiga iaitu;
a) Hukum-hakam I’tiqad
b) Hukum-hakam ‘Amali
c) Hukum-hakam akhlak.
Medan pengajian ilmu Fiqh ialah yang kedua di atas iaitu hukum-hakam amali. Ilmu Fiqh tidak menyentuh tentang hukum-hakam I’tiqad, begitu juga tidak menyentuh tentang akhlak.

2. Perkataan Syarak bermaksud Allah dan Rasul. Dalil-dalil Syarak pada dasarnya ialah Kitab Allah (yakni al-Quran) danSunnah RasulNya. Namun secara terperinci ia merangkumi juga Ijmak, Qiyas dan sebagainya.

Apakah tujuan mempelajari ilmu Fiqh?

Tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syara’ mengenai setiap tingkah laku manusiadan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.

Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama’, mufti, qadhi mahupun orang awam biasa. Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk mengajar orang ramai tentang hukum Syara’, memberi fatwa dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kes.
Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani kehidupan seharian bertepatan dengangaris panduan yang ditetapkan Syara’.

Apa maksud hukum Syarak?

Kita sebutkan tadi bahawa tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum Syara’ atas setiap perbuatan kita. Apa yang dimaksudkan dengan hukum Syara’? Hukum Syara’ ialah "Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya". Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil-dalil Syara' iaitu al-Quran, as-Sunnah, Ijma', Qias dan sebagainya oleh para ahli Fiqh atau Mujtahid.

Berapakah pembahagian hukum Syarak?

Melihat kepada pengertian hukum di atas, dapat kita simpulkan bahawa perbuatan-perbuatan hamba mengikut hukum Syarak berada dalam tiga bahagian besar;

Pertama; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan

Kedua; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan

Ketiga; Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada ingin melakukannya ataumeninggalkannya)

Kemudian, bahagian pertama dan kedua terbahagi pula kepada dua jenis;

Pertama; Yang dituntut secara jazam iaitu tuntutan mesti.

Kedua; Yang dituntut tidak secara jazam, iaitu tuntutan secara galakan sahaja, bukan tuntutan mesti atau wajib.

Bagi bahagian pertama (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan), jika jenis tuntutan adalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan wajib. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan sunat. Bagi bahagian kedua pula (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan), jika jenis tuntutanadalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan haram. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan makruh.

Kesimpulan

Setelah memahami pengertian dan pembahagian hukum Syarak di atas, dapat kita simpulkan perbuatan-perbuatan mukallaf mengikut hukum Syarak terbahagi kepada lima jenis;

1. Yang wajib; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti dilakukan di mana jika ditinggalkan akan berdosa.

2. Yang sunat; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarakiaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.

3. Yang haram; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di mana jika dilakukan akan berdosa.

4. Yang makruh; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang digalakkan meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya (kerana Allah), namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya.

5. Yang mubah (harus); iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada pilihan manusia samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala.

Semoge Dapat Diamalkan..^^,,

Adab-adab menuntut Ilmu

1. IKHLAS NIAT
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL
3. MENJAUHI MAKSIAT
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH.
5. BANYAKKAN ZIKRULLAH
6. MENJAGA KEHORMATAN
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA
8. MENGHORMATI GURU
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI

Friday 7 December 2012

Imanmu diuji dengan kesabaran...

Setiap hari kita berdepan dengan masalah dan cabaran...jadi kesabaran diuji dengan mehnah dan tribulusi...kekadang mcam boleh hadapi...kekadang mcm x mampu...cecampur ngan hasutan setan plak..lg la jd semua mcm x kene...tp ingat biler anta sedang diuji,,,hadapi dengan minta pertolongan dr Allah dan bersabar..itulah tanda engkau beriman ...akan dibayar kesabarabmu itu...

salam Sai'idul aiyyam,,^^..